CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Review of Members In Group 3B


Assalamualaikum w.b.t

We are from group 3B

There are 5 members

Which are

CHOY MING DI (D20091034789)
NURLIYANA BT MOHD JAMIL (D20091034778)
NUR ELLYA AQILLA BT MAZLAN (D20091035130)
NUR HAFIZAH BT ZAHARI (D20091035133)
SH SAJARUL ADAWIYAH BT S IBRAHIM (D20091034797)



This is our blog about access and equity..have a nice reading.. :)

Part 3

salam readers...

Selain daripada isi kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum turut menjadi isu bagi akses dan ekuiti. Pelaksanaan kurikulum yang tidak sejajar dengan matlamat kurikulum menimbulkan banyak kekangan kepada pelajar dan pihak pendidikan. Hal ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu professional guru, sokongan pihak pengurusan sekolah dan sokongan ibubapa atau penjaga. Jika salah satu tersasar maka matlamat kurikulum tidak dapat tercapai dengan berjaya. Tahap professional guru amat penting dalam penyampaian mata pelajaran matematik, kerana ia melibatkan kefahaman yang mendalam dan berterusan bagi pelajar memahami dengan betul konsep matematik dan dapat diaplikasikan dengan baik dalam kelas, ujian, dan juga kehidupan. Cara penyampaian guru perlulah sama rata dan tidak berbelah bagi kepada setiap murid walaupun mereka berbeza tahap pemikiran, latar belakang dan sikap. Hal ini kerana matlamat kurikulum matematik sendiri member penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai ekstistik berjaya melahir generasi berbudaya matematik.

Part 2

salam readers...

Kurikulum merupakan satu aspek penting dalam mengakseskan matlamat pendidikan dengan berjaya. Namun demikian banyak isu yang timbul dalam melaksanakan kurikulum ini. Hal ini kerana, kurikulum sentiasa mengalami perubahan walaupun dalam sela masa yang lama tetapi ia memberi impak kepada pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak lansung ia juga memberi kesan kepada ibu bapa atau penjaga, kerana pada zaman persekolahan ibu bapa atau penjaga, kurikulum mereka berlainan dengan sekarang dan mereka tidak dapat membantu anak-anak mereka dalam proses pembelajaran atau ulang kaji di rumah.

The Role of Teachers in the 21st Century


Are teacher nowadays professional enough to teach the 21st century learners?

A Great Teacher Help Students Better Access in Curriculum

Adakah anda seorang guru yang berkualiti?


Video ini menunjukkan satu forum yang sangat menarik dan bermakna kerana tiga panel dalam forum ini akan membincangkan aspek-aspek yang menjadikan guru berjaya. Forum ini juga membincangkan kualiti guru yang menjadi faktor penting dalam membentuk murid yang cemerlang di sekolah. Salah satu persoalan yang dibangkitkan adalah bagaimana ibu bapa boleh tahu adakah guru yang mengajar anaknya bagus dan berkualiti?
         ''A poor teacher can set your child back forever; a great teacher inspires them forever.'' Oleh itu, sama-sama kita dengar pendapat daripada 3 orang panel US yang pakar dalam bidang pendidikan yang akan membincangkan tentang perbezaan antara guru yang bagus dengan guru yang cemerlang dalam p&p mereka.
A Heart for Teaching or Passion in Teaching seems the most important aspect to become a great teacher!!!

Profesionalisme Guru Dalam Matematik


Pekerjaan guru boleh digelar sebagai satu profesional kerana mereka memerlukan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran untuk mengajar di sekolah. Oleh itu, kita tahu bahawa guru adalah sejenis pekerjaan yang profesional kerana melibatkan kecekapan, kepakaran dan kemahiran khusus. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang timbul akibat profesional guru yang menjejaskan akses dan ekuiti seterusnya akan menghakis hak murid dalam pembelajaran matematik. Antara isu yang paling penting adalah kelemahan guru dalam pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang merupakan asas dalam profesion perguruan.
           Loughran et al. (2006) berpendapat bahawa PPIK ialah gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi dalam bentuk masing-masing dan berinteraksi antara satu sama lain, yang mempastikan apa yang diajar dan bagaimana ia berguna dalam pengajaran suatu konsep spesifik difahami murid kerana pengajaran telah dirancang, dianalisis dan disampaikan dengan baik. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan guru biasa. Sulman (1986, 1987) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, dan strategi instruksional berkaitan dengan menangani keperluan belajar murid. Walau bagaimanapun, terdapat guru matematik yang lemah dalam aspek PPIK.
      Menurut Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009), keberkesanan pengajaran bergantung kepada sejauh mana tahap PPIK yang dikuasai oleh seseorang guru. Terdapat petikan daripada Landmark 1983 Education document: A Nation at Risk menyatakan bahawa guru tidak boleh mengajar sesuatu yang mereka tidak tahu tetapi masih terdapat guru matematik yang mengajar tanpa memahami ilmu yang diajar. Kajian daripada Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009) juga menjelaskan bahawa PPIK yang dimiliki oleh guru-guru Matematik baru dan berpengalaman tidak berkembang secara seimbang. Walaupun guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kesilapan konsep yang biasa dialami oleh murid tetapi masih mengemukakan langkah-langkah penyampaian secara prosedural yang berpusatkan guru serta berasaskan kepada kefahaman instrumental yang dimiliki. Gaya pengajaran berorientasikan guru adalah refleks kepada kefahaman instrumental, di mana Matematik dilihat sebagai satu himpunan fakta dan peraturan (Skemp 1978). Oleh itu, kita boleh tahu bahaw kelemahan guru dalam aspek PPIK akan mempengaruhi pengajaran metematik dengan berkesan dan seterusnya akan  menyukarkan murid untuk memahami matematik.

Matlamat Pendidikan Matematik

Assalamualaikum...hye pembaca blog...

Pada mulanya, kami akan menerangkan terlebih dahulu berkaitan matlamat sebenar pendidikan matematik di negara kita iaitu negara Malaysia..Anda mseti tertanya-tanya apakah matlamat pendidikan matematik yang sebenar??? Mengapa ia penting untuk kita ketahui?? Hal ini kerana, sebelum menjadi guru atau pelajar, individu tersebut perlu mengetahui matlamat yang ingin mereka capai terlebih dahulu.. Jika tiada matlamat, perjalanan seseorang itu tidak akan ada hala tuju. Disebabkan itu...MATLAMAT adalah penting untuk kita ketahui..

Jadi, apakah matlamat pendidikan matematik???

Paper Folding In Teaching Fractions

salam readers....

jom kte tgk web nieyh sama2 ok....

                                                

Apa itu AKSES dan EKUITI???

Assalamualaikum...hye..jumpa lagi.. :)

Saat ni kami akan menerangkan pula erti bagi AKSES dan EKUITI..

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan akses dan ekuiti???

Terdapat banyak definisi yang boleh kita cari melalui bahan rujukan..antaranya adalah kamus dewan bahasa dan pustaka..dimana Kamus Dewan edisi ke4 telah memberikan definisi :

Cara Mengajar Pecahan Dengan Menggunakan Kaedah Melipat Kertas

salam semua....         

Menurut Maria Miller (2003), terdapat guru dan ibu bapa berpendapat bahawa kebanyakkan murid di sekolah mengalami masalah dalam belajar operasi pecahan. Konsep dalam pembelajaran pecahan sebenarnya tidak sukar kerana pecahan juga sama dengan konsep matematik lain yang memerlukan kemahiran tambah, tolak, darab dan juga kemahiran memudahkan pecahan.


        Jika murid hanya cuba untuk menghafal cara kerja tanpa memahami konsep sebenar pecahan, mereka mungkin akan lupa dan menganggap kemahiran pecahan susah kerana ia mempunyai banyak peraturan dalam pengiraan. Hal ini akan menyebabkan murid belajar pecahan sekadar untuk lulus peperiksaan dan ilmu tidak daapt diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Malahan, kemahiran pecahan ini sangat penting dalam kehidupan dan murid harus menguasai topik ini supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupannya.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001-2010

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini kami akan memberikan serba sedikit gambaran tentang PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001-2010 dalam akses dan ekuiti.

Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan satu dokumen tentang Pembangunan Pendidikan pada tahun 2001-2010. Dokumen ini penting sebagai satu titik rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan di Malaysia.

MATLAMAT - semua warganegara Malaysia memperoleh peluang pendidikan dari segi akses, ekuiti dan kualiti.

PSPTN......

Assalamualaikum...berjumpa lg untuk topik yang berikutnya iaitu PSPTN..

Apa itu PSPTN?? Apa kaitannya dengan akses dan ekuiti??

Sebenarnya, PSPTN adalah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dimana kesinambungan daripada Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang memfokuskan kepada pendidikan tertiari.. MASIHKAH ANDA INGAT???

Langkah untuk Mengatasi Jurang Pencapaian Matematik antara Bangsa Melayu dan Cina

Jangan menunding jari kepada orang lain..... itulah ungkapan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.

Pihak kerajaan ada membuat cadangan untuk memasukkan model pembelajaran sekolah jenis kebangsaan (SJKC) ke dalam sekolah kebangsaan (SK)
kat sini ada penerangannya .....


Kerajaan cuba untuk mengkaji kaedah pengajaran yang digunakan oleh SJKC.
Itu perkara dan langkah yang cuba diambil oleh kerajaan. Apa pula perkara yang boleh dilakukan oleh guru????

faktor-faktor dalam isu kelainan upaya...

salam readers...

kita kembali kepada isu yang sama....diharapkan semua readers tidak bosan dengan blog kami ini..faktor yang pertama ialah mengenai pakar matematik kurang memberi perhatian dalam sektor pendidikan khas...jikalau di Malaysia ini mempunyai satu kumpulan pakar dalam sektor pendidikan khas kn bagus....

tapi masalahnya pakar matematik sekarang hanya menumpukan kepada murid-murid normal sahaja...sedangkan murid pendidikan khas yang sangat memerlukan bantuan pakar-pakar ini semua...ini kerana murid pendidikan khas ini lemah dalam penguasaan konsep matematik jadi patutlah mereka ini mereka cipta satu konsep baru yang lebih mudah murid tersebut memahaminya..

 selain itu juga, mungkin pakar matematik ini mempunyai beberapa kekangan apabila memasuki kolompok pendidikan khas ini kerana mereka harus mempelajari dahulu sikap atau masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas ini....mungkin ini jugalah faktor mengapa pakar matematik tidak membina konsep kursus kepada mereka kerana susah memahami masalah murid pendidikan khas...

Isu Individu Kelainan Upaya dalam Penguasaan Matematik

salam readers...

kita bertemu kembali yea...hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut mengenai isu-isu yang telah diperkatakan sebelum ini iaitu isu individu kelainan upaya dalam penguasaan matematik...sebelum ini saya meninggalkan persoalan kepada kamu kn semua..mcmne??

apa pendapat kamu semua...mungkin di antara kamu menjawabkan disebabkan faktor dalaman iaitu diri mereka sendiri....tapi kalau kita lihat..patutkah kita salahkan kekurangan yang mereka alami ini punca mereka ini kurang akses dan ekuiti dalam subjek matematik??

bagi pendapat saya...faktor yang menyebabkan kurangnya akses dan ekuiti dalam kalangan mereka ini adalah  disebabkan oleh faktor luaran...kita sebagai manusia, tidak boleh salahkan kenapa mereka menjadi seperti itu kerana semuanya adalah ketentuan ILLAHI...kte kne terima mereka seadanya. 

Isu Individu Kelainan Upaya dalam Penguasaan Matematik

salam readers....

kita bertemu kembali mengenai isu seterusnya iaitu mengenai akses dan ekuiti individu yang kelainan upaya dalam subjek matematik...tapi sebelum itu, kamu semua tahu tak apa dimaksudkan dengan individu kelainan upaya?????

mesti kamu semua kurang jelaskan mengenai individu kelainan upaya kn....sebenarnya...individu kelainan upaya ini merupakan individu yang mengalami kekurangan dari segi kognitif, fizikal ataupun mental. kemungkinan individu kelainan upaya ini mempunyai kesemua kelemahan atau menpunyai salah satu sahaja kelemahan seperti mempunyai kekurangan dari segi fizikal sahaja....contohnya seseorang yang paralysed. 

Punca Perbezaan Bangsa dan Pencapaian Matematik

sambung lagiiii sal isu perbezaan bangsa dalam pencapaian matematik ni...

Yang perlu risaukan bukanlah pelajar melayu kalah dalam pencapaian matematik kepada pelajar cina, tetapi..... yang kita perlu risaukan adalah penguasaan pelajar melayu yang lemah dalam matematik. 

Apakah punca pelajar melayu tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam matematik?????

Puncanya adalah sikap pelajar melayu itu sendiri....kita (saya pon melayu juga) lebih suka belajar untuk peperiksaan. Kita kan telah disogokkan dari kecil untuk dapat A dalam matematik. Saya rasa kebanyakan pelajar kita ni belajar untuk peperiksaan saja. lepas habis jawab soalan peperiksaan, Suma dah lupa kan....

Perbezaan Bangsa dan Pencapaian Matematik di Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa saya takut untuk mengulas isu ini kerana di Malaysia, isu perkauman merupakan isu yang sensitif. Oleh itu, saya akan menyatakan bukti kajian yang dilakukan di sesetengah tempat dalam negara ini.

Kajian telah dijalankan oleh Mahmud (1991) yang ingin mengetahui hubungan pencapaian matematik dengan pengajaran. Seramai 479 pelajar tingkatan 1  daripada 4 buah sekolah menengah Hulu Selangor telah dipilih. Keputusannya, aktiviti pengajaran matematik pada persepsi pelajar bukan melayu lebih baik daripada pelajar melayu. Manakala, pencapaian pelajar bukan melayu adalah lebih baik daripada pelajar melayu

Perbezaan Bangsa dan Pencapaian Matematik

 Bangsa merupakan faktor dalam isu akses dan ekuiti ini. Saya berminat untuk mengetahui perbezaan bangsa yang membawa perbezaan dalam pencapaian matematik. Hasil pemerhatian saya menunjukkan pelajar berbangsa cina lebih pandai matematik daripada pelajar melayu. Saya dapat melihat dengan jelas apabila saya berada di matrikulasi. Adakah betul pemerhatian dan hipotesis saya ini?

Saya mula mencari jawapan daripada internet. Saya terjumpa suatu laman sesawang yang bertajuk sad state of math and science education.
jom tengok cni!

Apa Itu Kurikulum?



Kurikulum adalah peringkat mata pelajaran yang diberikan oleh suatu lembaga penyelenggara pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta pelajaran dalam satu jangka masa pendidikan. Penyusunan peringkat mata pelajaran ini disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan setiap pendidikan dalam penyelenggaraan pendidikan tersebut. Jangka waktu dalam satu kurikulum biasanya disesuaikan dengan maksud dan tujuan dari sistem pendidikan yang dilaksanakan. Kurikulum ini dimaksudkan untuk dapat mengarahkan pendidikan menuju arah dan tujuan yang dimaksudkan dalam kegiatan pembelajaran secara menyeluruh.

Tugasan 1 yang kami dah perbetulkan

Assalamualaikum........
Inilah hasil kerja kami untuk tugasan 1... Kami dah edit bahagian yang salah. Oleh itu, persembahan kami dalam bentuk Power Point yang terbaru ini, mempunyai isi kandungan yang betul, lebih jelas dan mudah difahami. 

Harap-harap semua yang membaca, dapat memahami dengan jelas mengenai tajuk kami iaitu akses dan equiti. Terdapat 4 isu yang dibincangkan dalam tajuk ini iaitu bangsa, kurikulum, profesional guru dan ketidakupayaan (orang kelainan upaya).

isu-isu dalam akses dan ekuiti dalam matematik

salam semua....

terdapat banyak isu yang secara mata kasarnya kita dapat lihat menjadi salah satu penghalang dalam menghapuskan jurang dan memberi peluang kepada rakyat dalam pendidikan terutamanya subjek matematik..


sebelum kita pergi lebih jauh...kita perlu tahu apakah itu akses dan ekuiti dalam matematik????agak-agak kamu semua apa yea....?oklaah...kalau xtidak tahu..kami bagitau pada korang yea...


sebenarnya, maksud secara umumnya akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik ialah menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan secara sama rata....

the beginning......

salam semua....

wah..dah lama xbuka dan xterusik blog ni..maklumlaa..semuanya busy dengan kerja masing-masing kn...

1st of all, actually this blog about access and equity in mathematics science iaitu tajuk asigment kumpulan kami..

Jadi, kami create this blog u tugasan kami di samping juga untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai mengenai access & equity ini mathematics...

sekiranya kita kupas secara mendalam mengenai topik ni, terdapat beberapa isu besar yang akan menjadi permasalahan dalam pendidikan terutamanya dalam subjek matematik...

tetapi kami ak kupas lebih lanjut isu-isu ini semua dalam post yang lain...ini hanya pembukaan blog kami supaya bloggers semua dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai access and equity ini di dalam blog kami....

hopefully, kami dapat menjayakan blog ini dengan jayanya dan semua org akan hepi apabila membuka blog kami..lets have fun!!!!.....



bye semuaa....jumpe ag ye.....!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...