CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Perbezaan Bangsa dan Pencapaian Matematik di Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa saya takut untuk mengulas isu ini kerana di Malaysia, isu perkauman merupakan isu yang sensitif. Oleh itu, saya akan menyatakan bukti kajian yang dilakukan di sesetengah tempat dalam negara ini.

Kajian telah dijalankan oleh Mahmud (1991) yang ingin mengetahui hubungan pencapaian matematik dengan pengajaran. Seramai 479 pelajar tingkatan 1  daripada 4 buah sekolah menengah Hulu Selangor telah dipilih. Keputusannya, aktiviti pengajaran matematik pada persepsi pelajar bukan melayu lebih baik daripada pelajar melayu. Manakala, pencapaian pelajar bukan melayu adalah lebih baik daripada pelajar melayu

Kajian terbaru yang dilakukan di negeri Terengganu iaitu analisis terhadap keputusan SPM, telah menunjukkan hasil yang sama iaitu, pencapaian pelajar cina dan india bagi matapelajaran matematik tambahan adalah lebih baik daripada pelajar melayu

 Saya dapat simpulkan bahawa adanya jurang pencapaian matematik diantara bangsa melayu dan bangsa bukan melayu. perbezaan bangsa ini membawa perbezaan dalam pencapaian matematik. Saya sebagai orang melayu merasakan sangat sedih....sama-sama lah kita renungkan hasil dapatan ini.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...