CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Part 3

salam readers...

Selain daripada isi kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum turut menjadi isu bagi akses dan ekuiti. Pelaksanaan kurikulum yang tidak sejajar dengan matlamat kurikulum menimbulkan banyak kekangan kepada pelajar dan pihak pendidikan. Hal ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu professional guru, sokongan pihak pengurusan sekolah dan sokongan ibubapa atau penjaga. Jika salah satu tersasar maka matlamat kurikulum tidak dapat tercapai dengan berjaya. Tahap professional guru amat penting dalam penyampaian mata pelajaran matematik, kerana ia melibatkan kefahaman yang mendalam dan berterusan bagi pelajar memahami dengan betul konsep matematik dan dapat diaplikasikan dengan baik dalam kelas, ujian, dan juga kehidupan. Cara penyampaian guru perlulah sama rata dan tidak berbelah bagi kepada setiap murid walaupun mereka berbeza tahap pemikiran, latar belakang dan sikap. Hal ini kerana matlamat kurikulum matematik sendiri member penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai ekstistik berjaya melahir generasi berbudaya matematik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...