CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

faktor-faktor dalam isu kelainan upaya...

salam readers...

kita kembali kepada isu yang sama....diharapkan semua readers tidak bosan dengan blog kami ini..faktor yang pertama ialah mengenai pakar matematik kurang memberi perhatian dalam sektor pendidikan khas...jikalau di Malaysia ini mempunyai satu kumpulan pakar dalam sektor pendidikan khas kn bagus....

tapi masalahnya pakar matematik sekarang hanya menumpukan kepada murid-murid normal sahaja...sedangkan murid pendidikan khas yang sangat memerlukan bantuan pakar-pakar ini semua...ini kerana murid pendidikan khas ini lemah dalam penguasaan konsep matematik jadi patutlah mereka ini mereka cipta satu konsep baru yang lebih mudah murid tersebut memahaminya..

 selain itu juga, mungkin pakar matematik ini mempunyai beberapa kekangan apabila memasuki kolompok pendidikan khas ini kerana mereka harus mempelajari dahulu sikap atau masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas ini....mungkin ini jugalah faktor mengapa pakar matematik tidak membina konsep kursus kepada mereka kerana susah memahami masalah murid pendidikan khas...

ataupun mugkin juga guru pendidikan khas atau kementerian juga tidak mengetengahkan isu ini kepada pakar matematik....jadi, apabila isu ini tidak diketengahkan maka pakar matematik tidak tahu masalah apa yang berlaku dalam kalangan murid pendidikan khas ini...

tambahan pula, anggapan guru pendidikan khas ini berkenaan murid yang menghadapi diskalkulia...haaa,sebelum itu, kamu semua faham tak maksud diskalkulia itu?????meh saya bagitahu apa itu diskalkulia yea.....DISKALKULIA ialah murid yang mengalami masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi tehadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor-nombor dan prosedur-prosedur...

faktor ini menyumbang kepada masalah akses dan ekuiti ini kerana guru menggangap murid ini sudah boleh berdikari dalam menjalani kehidupan seharian walaupun lemah dalam matematik...ini kerana murid diskalkulia ini kadang-kadang mahir dalam bidang lain disebalik kelemahan mereka yang adanya seperti pandai dalam bidang vokasional...

tanggapan guru ini sebenarnya salah kerana konsep matematik amat penting dalam kehidupan seharian semua orang kerana dalam kehidupan seharian semuanya berkait rapat dengan matematik seperti konsep jual beli, nombor jalan dan sebagainya lagi....

manakala peruntukkan dana dan kemudahan juga penting dalam akses dan ekuiti murid pendidikan khas dalam subjek matematik...hal ini demikian, dalam sektor pendidikan khas ini menggunakan banyak alatan yang membantu mereka dalam pelajaran seperti murid bermasalah penglihatan menggunakan mesin braille, gambarajah timbul dan sebagainya...tetapi kosnya agak mahal dalam peruntukkannya..

kemudahan komputer juga penting bagi murid pendidikan khas dalam menarik minat mereka belajar seperti murid hiperaktif sangat aktif dan susah untuk di kawal dalam kelas...jadi dalam segi penggunaan ICT ini akan membantu guru untuk menarik minat murid hiperaktif untuk belajar....

guru boleh juga menggunakan kaedah ICT ini seperti menggunakan CD interaktif dalam pembelajaran matematik...murid ini perlulah disediakan banyak kemudahan atau dana yang sewajarnya kerana ia amat membantu murid ini mempelajarinya dalam semua pelajaran terutamanya dalam subjek matematik...

 oleh itu, diharapkan pihak berkenaan boleh membantu murid pendidikan khas ini dalam menghapuskan jurang dalam pendidikan terutamanya dalam subjek matematik serta membuka peluang yang luas bagi mereka dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam matematik....


bye readers....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...