CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001-2010

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini kami akan memberikan serba sedikit gambaran tentang PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001-2010 dalam akses dan ekuiti.

Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan satu dokumen tentang Pembangunan Pendidikan pada tahun 2001-2010. Dokumen ini penting sebagai satu titik rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan di Malaysia.

MATLAMAT - semua warganegara Malaysia memperoleh peluang pendidikan dari segi akses, ekuiti dan kualiti.


Dengan memberi peluang pendidikan yang sama rata dari semua segi, ini akan dapat:
# memperkembangkan potensi individu atau pelajar secara menyeluruh dengan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
# dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi serta budaya ilmu dalam
kehidupan seharian mereka
# membudayakan sains dan teknologi serta pembelajaran sepanjang hayat

Rancangan ini telah disusun mengikut teras iaitu meningkatkan AKSES kepada pendidikan dan meningkatkan EKUITI dalam pendidikan. Secara tidak langsung, kita akan dapat lihat kaitan akses dan ekuiti dalam pembangunan pendidikan ini.

Selain itu, pengkhususan rangka pembangunan ini terbahagi kepada 6 iaitu: 1- pendidikan prasekolah, rendah, menengah
2- pendidikan tertiari (peringkat pengajian tinggi)
3- program sokongan
4- pembiayaan pendidika
5- pengurusan pendidikan
6- teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan pendidikan ini, anda boleh la melayari laman web ini sini ok!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...