CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PSPTN......

Assalamualaikum...berjumpa lg untuk topik yang berikutnya iaitu PSPTN..

Apa itu PSPTN?? Apa kaitannya dengan akses dan ekuiti??

Sebenarnya, PSPTN adalah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dimana kesinambungan daripada Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang memfokuskan kepada pendidikan tertiari.. MASIHKAH ANDA INGAT???


PSPTN ini telah digubal oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi tujuan memertabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalam kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan ini digubal dengan mengambil kira dasar-dasar kerajaan terkini seperti:
1- Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)
2- Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia
3- Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP)
4- Program Transformasi Ekonomi (ETP) : Hala Tuju Untk Malaysia.

PSPTN ini berdasarkan 4 fasa iaitu:
1- peletakan asas (2007-2010)
2- peningkataan dan pemerkasaan (2011-2015)
3- kecemerlangan (2016-2020)
4- kegemilangan dan kelestarian (melangkaui tahun 2020).

Pelan strategik ini telah menggariskan 7 teras utama iaitu:
1- meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti
2- menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran
3- memperteguh penyelidikan dan inovasi
4- memperkasakan institusi pengajian tinggi
5- mempergiat pengantarabangsaan
6- membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
7- memperkukuhkan sistem penyampaian KPT

Jika anda lihat, dalam teras utama pelan ini juga ada menyelitkan tentang akses dan ekuiti..ini menunjukkan akses dan ekuiti merupakan satu isu penting yang perlu diketengahkan agar jurang dapat dikurangkan dan peluang dapat ditingkatkan..

untuk mengetahui lebih lanjut tentant PSPTN ini..sila layari laman web berikut
http://www.mohe.gov.my/transformasi/images/1_bm.pdf
http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/bitara_jun_2011.pdf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...