CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Profesionalisme Guru Dalam Matematik


Pekerjaan guru boleh digelar sebagai satu profesional kerana mereka memerlukan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran untuk mengajar di sekolah. Oleh itu, kita tahu bahawa guru adalah sejenis pekerjaan yang profesional kerana melibatkan kecekapan, kepakaran dan kemahiran khusus. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang timbul akibat profesional guru yang menjejaskan akses dan ekuiti seterusnya akan menghakis hak murid dalam pembelajaran matematik. Antara isu yang paling penting adalah kelemahan guru dalam pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang merupakan asas dalam profesion perguruan.
           Loughran et al. (2006) berpendapat bahawa PPIK ialah gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi dalam bentuk masing-masing dan berinteraksi antara satu sama lain, yang mempastikan apa yang diajar dan bagaimana ia berguna dalam pengajaran suatu konsep spesifik difahami murid kerana pengajaran telah dirancang, dianalisis dan disampaikan dengan baik. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan guru biasa. Sulman (1986, 1987) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, dan strategi instruksional berkaitan dengan menangani keperluan belajar murid. Walau bagaimanapun, terdapat guru matematik yang lemah dalam aspek PPIK.
      Menurut Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009), keberkesanan pengajaran bergantung kepada sejauh mana tahap PPIK yang dikuasai oleh seseorang guru. Terdapat petikan daripada Landmark 1983 Education document: A Nation at Risk menyatakan bahawa guru tidak boleh mengajar sesuatu yang mereka tidak tahu tetapi masih terdapat guru matematik yang mengajar tanpa memahami ilmu yang diajar. Kajian daripada Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009) juga menjelaskan bahawa PPIK yang dimiliki oleh guru-guru Matematik baru dan berpengalaman tidak berkembang secara seimbang. Walaupun guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kesilapan konsep yang biasa dialami oleh murid tetapi masih mengemukakan langkah-langkah penyampaian secara prosedural yang berpusatkan guru serta berasaskan kepada kefahaman instrumental yang dimiliki. Gaya pengajaran berorientasikan guru adalah refleks kepada kefahaman instrumental, di mana Matematik dilihat sebagai satu himpunan fakta dan peraturan (Skemp 1978). Oleh itu, kita boleh tahu bahaw kelemahan guru dalam aspek PPIK akan mempengaruhi pengajaran metematik dengan berkesan dan seterusnya akan  menyukarkan murid untuk memahami matematik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...