CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isu Individu Kelainan Upaya dalam Penguasaan Matematik

salam readers...

kita bertemu kembali yea...hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut mengenai isu-isu yang telah diperkatakan sebelum ini iaitu isu individu kelainan upaya dalam penguasaan matematik...sebelum ini saya meninggalkan persoalan kepada kamu kn semua..mcmne??

apa pendapat kamu semua...mungkin di antara kamu menjawabkan disebabkan faktor dalaman iaitu diri mereka sendiri....tapi kalau kita lihat..patutkah kita salahkan kekurangan yang mereka alami ini punca mereka ini kurang akses dan ekuiti dalam subjek matematik??

bagi pendapat saya...faktor yang menyebabkan kurangnya akses dan ekuiti dalam kalangan mereka ini adalah  disebabkan oleh faktor luaran...kita sebagai manusia, tidak boleh salahkan kenapa mereka menjadi seperti itu kerana semuanya adalah ketentuan ILLAHI...kte kne terima mereka seadanya. 


di samping itu, kita juga perlulah membantu mereka sedaya upayanya agar  mereka mendapat semua keperluan secukupnya seperti individu normal....maksud saya keperluan ialah mengenai keperluan pendidikan mereka, kemudahan bagi mereka dan sebagainya. janganlah kita pinggirkan insan yang istimewa ini...

kebanyakkan kita lihat pada  zaman sekarang...ramai yang tidak mengetahui insan-insan istimewa ini sebenarnya mempunyai kelebihannya sendiri disebalik kelemahan mereka ada....oleh itu, kita perlu mendekati golongan ini dan akan mengetahui apa sebenarnya mereka perlukan dan miliki....

      berbalik kepada isu yang dibincangkan sekejap tadi...murid pendidikan khas ini mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira menurut Lenner (2003)...mereka ini amat lemah dalam mengingati konsep matematik apatah lagi untuk memahami soalan yang memerlukan penyelesaian masalah dan pembacaan...

   oleh itu, kita perlu atasi kelemahan mereka ini dalam pelbagai cara....antara faktor yang menyumbang kepada kekangan ini ialah pakar matematik tidak memberi perhatian, tanggapan guru kepada murid yang mengalami diskalkulia dan peruntukkan dana dan kemudahan kepada murid pendidikan khas kurang dalam sektor pendidikan... 

semuanya adalah faktor yang menyumbang kepada kurangnya akses dan ekuiti dalam kalangan murid pendidikan khas dalm subjek matematik...saya akan menjelaskan lebih lanjut mengenai faktornya-faktornya pada masa akan datang yea....



bye readers....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...