CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Perbezaan Bangsa dan Pencapaian Matematik di Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa saya takut untuk mengulas isu ini kerana di Malaysia, isu perkauman merupakan isu yang sensitif. Oleh itu, saya akan menyatakan bukti kajian yang dilakukan di sesetengah tempat dalam negara ini.

Kajian telah dijalankan oleh Mahmud (1991) yang ingin mengetahui hubungan pencapaian matematik dengan pengajaran. Seramai 479 pelajar tingkatan 1  daripada 4 buah sekolah menengah Hulu Selangor telah dipilih. Keputusannya, aktiviti pengajaran matematik pada persepsi pelajar bukan melayu lebih baik daripada pelajar melayu. Manakala, pencapaian pelajar bukan melayu adalah lebih baik daripada pelajar melayu

Perbezaan Bangsa dan Pencapaian Matematik

 Bangsa merupakan faktor dalam isu akses dan ekuiti ini. Saya berminat untuk mengetahui perbezaan bangsa yang membawa perbezaan dalam pencapaian matematik. Hasil pemerhatian saya menunjukkan pelajar berbangsa cina lebih pandai matematik daripada pelajar melayu. Saya dapat melihat dengan jelas apabila saya berada di matrikulasi. Adakah betul pemerhatian dan hipotesis saya ini?

Saya mula mencari jawapan daripada internet. Saya terjumpa suatu laman sesawang yang bertajuk sad state of math and science education.
jom tengok cni!

Apa Itu Kurikulum?



Kurikulum adalah peringkat mata pelajaran yang diberikan oleh suatu lembaga penyelenggara pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta pelajaran dalam satu jangka masa pendidikan. Penyusunan peringkat mata pelajaran ini disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan setiap pendidikan dalam penyelenggaraan pendidikan tersebut. Jangka waktu dalam satu kurikulum biasanya disesuaikan dengan maksud dan tujuan dari sistem pendidikan yang dilaksanakan. Kurikulum ini dimaksudkan untuk dapat mengarahkan pendidikan menuju arah dan tujuan yang dimaksudkan dalam kegiatan pembelajaran secara menyeluruh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...